Tuesday, January 3, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012!! \(^_^)/

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tahun 2011 dah melabuhkan tirainya, fajar 2012 dah menyingsing.. So dengan itu entry2x pas pada ni akan lebih ceria dan diadun dgn ceritera pengalaman hidup aku yg baru atau pun yg lepas.. Asyik jiwang frust je sampai berkarat, busan gak. Ade gak kengkawan yg komplen..hihihi (**ooo..kutuk blakang Pc ye)

Tahun baru, semangat pun kene la baru!!



bOyS oVeR fLoWeR (b.o.f)

Pratonton Menonton drama BOF dah masuk episod ke 20....slow mcm ciput tgknye... sbb dah tgk HaNa YoRi DaNgO (HYD)..urrmm.. konsepnye same dgn HYD tapi jalan cite ada styles tersendiri.. banyak tunjukkan tempat2x yg menarik kat KOREA..(dramatourism).. tgh2x layan BOF sampai episod ke 17, tetibe episod 18,19 xde dalam koleksi..hampeh!! kne makan anai2x ker??!...sambung trus episod 20..
BOF best gak cam HYD (ayat jaga hati*)cume.......... heroin nye xcute + bcakap asyik tjerit2x cam duk 10 batu ke depan..(-_-!!)......urmm..tu aje ulasan sedikit sebanyak apa yg aku tgh layan.. baru-baru ni aku beli DVD drama korea yg baru sebagai koleksi..hihihihi (^_^)/



                                                 ..xlama nanti ada la tu filem MELAYU yg tiru..


                                                           watak-watak yg terlibat.......


                                                                1 CONCEPT, 4 VERSIONS

Friday, November 11, 2011

Thursday, September 8, 2011

JEMU -may

JEMU masa menyinta,
Resah ku meronta..
Aku telah sumpah setia,
Namun sia..

JEMU masa melangkah,
Lepas dari dosa..
Bangkit aku dari lamunan,
yang engkau cipta..

Segala pintamu,
CUBA ku turutkan..
Segala janji ku,
PERIT ku lunaskan..

Mudah kau melepaskan,
Kau yang menghancurkan..
LERAI IKATAN
Kau cipta seribu ALASAN..

Yang ku dendamkan,
menjadi kemarahan..
Kau selindung kesalahanmu..
Kau singkap kesalahanku..

Memori 1 Syawal masih terpahat..

1 Syawal tahun lalu (2010) - Memori hitam lalu menjengah lagi tahun ini. Di saat mengukir kegembiraan pada 1 Syawal baru-baru ini  di kampung halaman. Aku teringat kembali saat-saat aku pertama kali menerima sms dari Si Pencinta Kopi (SPK), setelah sekian lama dia menyepikan diri. Hadirnya pada Syawal lalu bukan sekadar menghulurkan Salam Aidilfitri, tetapi menyedarkan aku dari terus bermimpi.

Mimpi yang belum pasti. Penantian sekelian lama telah terubat oleh berita di mana dia sudah menjalinkan hubungan cinta bersama jejaka pilihan. Terima kasih.. Terima kasih..Terima kasih... Sedarkan ku dari lamunan.Tatkala Syawal lalu disambut dengan linangan air mata, namun kali ini tidak lagi. Ku maafkan segalanya, jauh sekali ada rase dendam. Syawal kali ini aku sambut dengan kegembiraan baru, setelah aku berjaya bangkit tanpa simpati mana-mana pihak. Syawal kali ini ku sambut di sisi keluarga tercinta di kampung halaman. Kenangan itu sudah ku simpan dalam album memori kita, lukanya terhiris di hati sudah pun menjadi parut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..ku ucapkan dan ku mohon sejuta kemaafan atas kesilapan diri ini mentafsir perasaan kamu. Semoga berbahagia selalu di bawah lindungi rahmat dari Illahi. Wassalam~


Wednesday, September 7, 2011

My Girlfriend is Gumiho....auwf!! auwf!! (^_^)v

My GF is GUMIHO (*fox)

3 September 2011- Baru je abes tgk semua 16 episod Korean Drama nih. BEST!! tak boring.. banyak aksi2x komedi cam drama MY GIRL. Meh aku review sket summary cite nih.

Kisah berkisar tentang seorang gadis serigala jadian yang mempunyai 9 ekor (Kisah dongeng korea tentang serigala jadian berekor 9). Jalan cerita dimodenkan dari cite mitos tu. Gadis ni ingin mencari jodoh supaya dia dapat menjadi manusia selama-lamanya dan hidup bahagia bersama jodohnya. Bermula dari sebuah lukisan pada dinding sebuah kuil..kepada penjalanan kisah cinta yang menarik. Drama ini dibintangi Lee Seung Gi (sbg Dae Woong) dan Shin Min Ah (Gumiho). Lagu-lagu soundtrack drama ni pun best!! 5 Bintang aku bagi secara peribadi.

Kalau dipikir logik mmg la agak mengarut dengan zaman serba globalisasi skrg. Pada yg memahami seni percintaan, drama ini merungkai persepsi, konsep serta prinsip perhubungan dua insan dengan mendalam. So, jangan cari makna yg tersurat je..lihat plak pada pandangan tersirat. Kawan- kawan yg meminati drama cinta ape kate tgk dulu 2,3 episod... pasti melekat depan Pc..hihihi

Selamat menonton... ~hoi..hoi..~



                                                       nomu..nomu..nomu...nomu..chuo a yo!

HUKUM colour contact lense..

Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya??

Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj

b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).

c) Tidak mengubah ciptaan Allah.

d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.

e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir

f) Tidak berlebihan.

g) Tidak memudaratkan

 
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]



3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.



Wallahu a’lam.



Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)
 
Nota hujung;

 
[1] Antara mereka ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com/).
Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)).
Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah –yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana factor tersebut-, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya; ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin;

Tuesday, March 22, 2011

Camping at Kela Adventure Camp, Raub , Pahang (last part)

muke-muke nak balik
keceriaan sebelum bertolak 
melayan peminat-peminat.. (*perasan giler)

Thank You to Kela Adventure Camp!!!