Monday, October 26, 2009

ANAK SIAPAKAH?

ANAK SIAPAKAH??


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.



Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy:Tapi mengapa?

Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye!


Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.


Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy :Ha!!??

Monday, October 19, 2009

Kau Yang Bernama OREIN (THE LAST EPISODE)


Reply:


Buat sahabatku,



Sudah lama aku menunggu saat ini..
Betapa girangnya hatiku di kala ini..
Mengapa kau tidak meluahkan kalimah cinta mu pada ku lebih awal??
Maapkan daku sayang..

aku sudah menjadi miliknya..
kerana aku tidak mahu terus bertepuk sebelah tangan..
lalu ku sapa mana2x cinta yang datang dahulu..

ketahui la sayang..
aku tetap CINTA kan mu.



Terima kasih sayangku..


Ur Love,
OREIN

Kau Yang Bernama OREIN


Orein bingkas bangun dan bersiap-siap untuk beredar. Langkah demi langkah yang diaturnye kelihatan sayu dan berat untuk meninggalkan ku. Aku terus mengalihkan pandangan ku pada tempat yang di tanam plastik tadi. Aku gali dengan tangan ku.. Setelah menjumpainya, aku meneliti kandungannya dari luar. Tak silap lagi, inilah ‘origami jet’ yang aku ingin berikan kepadanya tadi. Aku tertanya-tanya mengapa die tidak menyimpan pemberian yang terkandung isi hati ku ini. Aku berpikir sejenak.. aku terus tertunduk sayu.. “Ternyata Orein telah menolak cinta ku ini...”, kataku dengan nada kesal.


Aku membuka plastik itu.. lalu ku buka lipatan origami tersebut perlahan-lahan. Aku ingin membaca luahan isi hati ku yang tersurat di situ buat kali terakhir sebelum aku mengoyakkannya..


{sedang bace kertas itu..}________________________



Buat Sahabatku Orein..


Terima kasih untuk segalanya sepanjangkita berkawan.
Segala suka duka telah kita tempuhi bersama.
Mulai hari ini kita akan mula berjauhan membawa haluan hidup masing-masing.
Maafkan aku Orein..

Sebenarnye..aku amat mencintaimu.
Ya,aku cinta pada mu!
Di kala hati ingin meluahkannya,

Lidah ku kelu untuk berbicara,
Gerak geri ku kaku di saat mata ku terpaku padamu..
Argh! Ada saja yg menghalang ku, dari menyatakan kalimah itu padamu!


Kau yang bernama Orein..
Sudah ku laungkan pada sang rembulan,
Sudah ku laungkan pada lautan sepi,
Sudah ku laungkan pada titisan hujan,
Bukit bukau turut sama tidak sunyi untuk mendengarnyer..
Kini buat yang terakhir kalinya,aku ingin meluahkan kepadamu..

I LOVE YOU, Orein!!
(cinta & sayangku selama ini tidak mengenal erti balasan..)


_______________________****************______________________________________


Inilah suara hatiku yang selama ini terbenam di lubuk hati..Inilah impian terakhir ku buat insan bernama Orein..Inilah salam terakhirku buat insan yang ku anggap kekasih hati..sambut lah salam ku sayang.. …………………………………….…………………………………………..…………………………………………………………………………………………………………. Aik! Aku perasan ada beberapa rangkap kecil tercoret rapi di bawah catatan ku tadi.. Ku menitiskan air mata tatkala membacanya..

Kau Yang Bernama OREIN

Gooooooooooooodd Moooorniiing!!

Aku bangun awal pagi ni..terasa ringan je badan dan segar. Inilah pagi yang paling indah dalam hidupku.. aku pun bersiap-siap dan memakai pakaian yang paling smart..hehhehe yela..nak jumpe orang dicintai..hehehe gembira sangat-sangat aku pagi ni..

Jam meja aku menunjukkan pukul 7.30 pagi.. aku berjanji dengan Orein untuk berjumpa pada pukul 8.00 pagi, sebelum keluarganya datang. Lagi setengah jam lagi..tak sabar-sabar rasenye.. berdebar-debar pun ade. Macam la nak gi amek exam..hehe aku terus menunggu dalam bilik aku. Aku plan nak kuar kul 7.45pagi.. Jam dah menunjukkan tepat 7.45 pagi.. yes! Akhirnya, saat yang dinanti-nanti telah tiba.. jeng! Jeng! Jeng! Hero mau datang jumper heroin.. tanpa berlengah lagi aku memakai kasut dan mengambil sourvineer dan ‘origami jet’ yang aku letak sebelah bantal..
Tiba-tiba... aku tak dapat mengambil kedua-dua barang tersebut. Tergamam aku! Setiap kali aku cube memegang barang itu,barang itu kelihatan menembusi tangan ku..

“Ah!! Apa nih! Aku masih di dalam mimpi ke?! Aku berkhayal ke ni?!!”..bentak hatiku.. aku pun tampar dan cubit pipitku.. “Aduh!..sakit!”..
Nampaknya ini bukan satu mimpi atau ilusi bagi ku.. aku cube memegang barang-barang di dalam bilik ku..semua same. Aku melihat cermin yang tergantung di belakang pintu bilik ku.. “Aargh!! Tidaaaaaaaaaakk!!”..tiada sebarang imej kelihatan di dalam cermin. Lubang hidung pun tak nampak..Ape nih?!! Ape yang telah berlaku??..jerit aku sekuat-kuatnye.. terduduk aku bersandarkan katil,memikirkan ape yang telah terjadi. Waktu pula semakin menghampiri pukul 8.00 pagi..
_________________________********************___________________________
Aku sampai di tempat temujanji aku dan Orein..aku sudah berpeluh-peluh sambil mata mencari kelibat Orein di sekitarku. Jam menunjukkan 8.05pagi. “Ish! Mane Orein ni..”,kata aku dengan cemas. Aku pun duduk di tepi longkang tu berjemur terik mentari. Perkara yang berlaku pagi tadi masih berlegar-legar di minda ku. Aku menutup muke ku sebentar bagi menghilangkan stress.. “Orein,di mana kau??”, kata ku sambil memejam mata..

Aku membuka mata dan tapak tangan yang menutupi wajahku.. “Orein!”,kata ku sendirian. Tibe-tibe saje Orein terpacul di depan ku. Gembiranya aku tak terperi,tambahan lagi raut wajahnye berseri bile die mengenakan tudung berwarna biru gelap pemberian ku dan bersimpuh manis di depan ku. Aku lihat Orein tidak perasan akan kehadiran ku. Orein menundukkan pandangan dari tadi. Khusyuknye die membaca naskhah sebesar tapak tangan itu.. Ku amati perkataan yang tertera di hadapan naskhah itu..
“YASSIN..”

Aku tergamam seketika..aku baru sedar terdapat dua batu nisan putih di kedua-dua timbunan tanah merah di hadapan ku.

“Kubur siapakah ini?”,soal ku pada Orein.

Namun aku tidak diendahkan. Aku menitiskan air mata sebaik saje melihat nama ku terukir pada batu nisan di sebelah kanan ini. “aku sudah mati rupenye..jasad ku telah selamat dikebumikan di sini. Baru ku sedar kaitan perkara yang aku alami pagi tadi..”kataku sambil mengesat air mata yang membasahi pipi ku.

Tibe-tibe, badan ku berasa nyaman sekali..dingin. Rupa-rupanya Orein sedang menyirami kuburku dengan air yang dibawa bersamanya. Ku melihat titisan air mata sesekali menitis di atas kubur ku.. Selepas itu, Orein mengeluarkan plastik kecil dari poket kanannye. Lalu di tanamnye berhampiran batu nisan yang tertulis nama ku. Dikambusnye plastik itu dengan perlahan.. “Apakah itu?”..

Kau Yang Bernama OREIN

HaPpY BiRtHdAy.. SeLaMaT HaRi LaHiR…


Tidak putus-putus aku terima sms mengucapkan selamat hari jadi untuk ku selepas kul 12 tgh malam.. terima kawan-kawan yang mengingati hari yang bermakna..namun aku meminta ape-ape pun ;hadiah,ucapan..dari mula aku menghulurkan ikatan persahabatan. Cukuplah dengan menjadi sahabatku sepanjang aku menjalani sisa-sisa hidup ini.sejak malam tu sampai siang hari,membalas sms je kerja aku..hehehe mak dan ayah ade menelipon ku mengucapkan selamat hari jadi.

Daripada banyak sms yang aku tarima..takde satu pun dari Orein. Se tahu aku Orein tak pernah lupa untuk wish. Sepanjang hari tu kegembiraan yang sepatutnya aku rasai..seakan telah hilang dari hidupku.. “ape impian aku yang mahu ku capai pada hari jadi ku kali nih?”…otak aku berlegar mencari idea.. Aargh!! Semuanya seakan musnah setelah aku dapat tahu Orein dah berpunya.. pada detik itu..aku masih menanti sms dari Orein. Aku telah bertekad, biarlah hari yang bermakna ini berlalu seperti hari-hari yang lain. Aku tak akan menyambut hari jadi ku dengan sesiape pun, walaupun dengan kwn baik aku.. aku banyak mendiamkan diri pada ari ini.. aku pretend macam tiada ape yg berlaku..
Hari dah larut malam..hari lahir aku akan melabuhkan tirainya.. aku tak tahu ape yg sedang berlaku pada diri aku.. aku seolah-olah kehilangan arah tujuan. Teet..treeeett..teet..tret..treeett…”One msg received”..” hai! Epi besday!! Semoge panjang umur dan dimurahkan rezeki..hehe sori lambat wish. Saje je,nk jadi orang yg terakhir wish kt awak.hehe”… akhirnye, Orein anta jugak sms. Terukir senyuman di bibir ku dengan kejutan yang Orein lakukan.. macam-macam Orein nih.. tibe-tibe, aku rase bersemangat dan ceria semula.. terima kasih Orein! Terima kasih kerana masih mengingati ku walaupun cintamu telah dimiliki..
_______________________***********************_______________________
Tinggal beberapa hari lagi aku di menara gading ini..banyak sungguh pengalaman yg aku timba..pelbagai ragam teman-teman telah aku temui.. semua ini mematangkan diriku. Sedang aku berbaring di katil bujang ini..aku mengimbas kembali perjalanan ku di manara gading ini.. tiba-tiba aku mendapat satu idea..aku ingin menunaikan impian terakhirku. Aku ingin bertemu Orein secara bersemuka untuk terakhir kalinye..

Aku terus ambil handset aku..aku hantar sms pd Orein untuk bertemu dengan die pada malam esok. “hai Orein! Watpe tu? Orein bila balik umah? Saya nk ajak berjumpe sekejap sebelum Orein balik umah. Lagi pun saya ade sourvineer sket untuk kenang-kenangan buat Orein. Amacam?”.. begitu la sms aku kpd Orein.

Tak lame lepas tu..Orein membalas dan mengatakan persetujuannya bertemu tetapi bukan malam esok.. kerana Orein akan dijemput keluarganya pada pagi esoknya. Aku pun bersetuju.. bersemangat aku malam ni.. aku pun amek sekeping kertas dan mencatat sedikit kata-kata ku untuk diberi kepada Orein.. sesudah menulis aku pun melipat kertas tu berbentuk jet dan meletakkannya di sebelah bantal bersama sourvineer itu.. uuuuhhh..sejuk semacam je malam ni..mata ku mula kelayuan kerana mengantuk. Aku pun terus baring dan tidur..walaupun lebih awal dari waktu biase..

Friday, October 16, 2009

Kau Yang Bernama OREIN (part4)

Kau Yang Bernama OREIN (part4)


Malam seminggu sebelum hari lahir ku… aku lepak bilik member aku. Tibe2 sambil main Winning 11…member ku,Luncai buka citer psal gossip Orein.. tak nak kencang juga khabar angin tentang Orein…aku mulanya nak tak nak jer melayan mamat tu nak bergosip. Luncai pun amat terer dalam mencari kesahihan citer palsu ni…tambah2 gosip tentang rakan-rakan yang kami kenali.. “ko tau x citer si Orein berkapel?”..aku mengiakan..”aku dapat tau dari sumber2 yang sgt boleh dpercayai..ade orang nampak Orein jalan berdua dengan mamat tuuu”..”sape?”,balas ku. “alah ko kenalnye mamat tuuu..kang aku sebut name,ko kate aku ngumpat…”
.. Dalam hatiku..”ko tak ckp name pun ko dh ngumpat”.. aku tadah je la telinga.. lame2x,aku tak tau la kenapa…perasaan aku seakan akan membentak..menyirap darah aku biler dgr gossip tuu.. Luncai ckp,bukan stakat orang jumpe kt tapak pesta… kt pasar malam pun ader 2,3 orang nampak.. “Huh! Kalo xde ikan mase kan joran bergoyang”,bisik hatiku.. habis je aku bace Kreko. Aku terus blah…tinggal kan Luncai dengan Game nyer..
Aku msg Orein mlm tuu jugakk… nk dekat setengah jam gak aku tunggu Orein reply… Aku miss call plak.. lagi laa xde respon.. then aku pun terlena dengan kepala aku sesak dengan persoalan.. aku nak tau dari Orein sendiri…Citer2x org ni dengar bleh la, percaya jgn..kene selidik dulu ape ape hal pun..
tuuuuttt…trruuuutt..trut!...”One msg received”..
”A’kum Orein… ogenki desuka? Wat pe tuuu? Sori mengganggu,,”Teet..treeeett..teet..tret..treeett…”One msg received”.. “Wa’alaikumussalam mr. ulat.. bahasa jepun ek,saye xphm.. saye sehat je. Tgh study sket. Esok ade kuiz..xpe..xmengganggu.. ape kes tibe2x msg niii..hehe”.. Yes!! Akhirnya..akhirnya.. Orein reply gak msg aku..
Yahoooo!!!!

Kami berbual bertanye kan khabar dan hal-hal ilmiah..then..aku mule berkias.. aku bertanye kepada Orein,btol ke die sedang bahagia dengan jejaka idaman?..aku bertanye dalam berkias.. mule2x die buat2x xphm..die ingat aku bergurau jer..aku tanye lagi dengan tujuan same tapi bahasa kiasan yang lain… nak tau ape jawab Orein….???? Basah baju aku, berpeluh menanti Orein reply msg…

Teet..treeeett..teet..tret..treeett…”One msg received”..
“ takde la awak..saya BELUM berkapel lagi.. Org ckp kt tapak pesta tu, kawan saye..kami berkawan jer”…” kenape awak beria nk tau?”.. fuuuhhh!! Lega rasenyer..ringan hati rasenyer. Aku reply, “saje je,sebagai wakil jejaka-jejaka idaman malaya untuk mengetahui kebenaran di sebalik citer khabar angin tuh..”. kami sambung bsms seperti biase..matlamat aku dah tercapai mlm tu..hehe
yea!! Yea! 2 hari lagi besday aku.. tak sabar aku menanti ari bersejarah tu.. “aku nk celebrate dengan sape ek? Tak pun aku beli hadiah untuk Orein sebab malam tu aku nak luahkan perasaan hati ini”, bisik hati ku… Teet..treeeett..teet..tret..treeett…”One msg received”.. aik! Pelik kalo Orein sms aku waktu camni.. ermmm… laa.. Luncai rupenyer… “mu makam dop mlm ni? Nok makam mane?”.. geli hati aku bace sms Luncai.. Luncai cam bese ajak aku makan kat café.
Abes je melantak aku pun nak balik bilik. Keluar aje café, aku nampak Orein dan kawannye baru balik dari library.. aku hanya menegurnyer dengan senyuman saje.. sampai sebuah kete,parking tak jauh dari tempat aku berdiri.. Keluar seorang laki yang aku kenal, Zack… aku pun nak blah.banyak lagi kije aku kt bilik… tibe-tibe… “zack..zack.. sini kejap.. Orein nak jumpe jap“,aku terdengar suare yang aku cam sangat. Aku pun toleh ke belakang.. sah la..suare tu milik gadis yang bersama Orein tadi.. Aku tengok ajer dari jauh.. Orein berborak dengan Zack. “Bukan main mesra lagi.. ini bleh mendatangkan kemarahan ni..”,detik hati ku.
“Hoi! Hoi! Jom ah balik!”, panggil Luncai sambil menepuk bahu ku..aku tersentak.. selepas itu, aku terus berlalu dengan perasaan yang bengang.. kalau ikutkan hati, dah kene pelempang dah si Luncai tuh..tepuk bahu tak bagi salam… dalam perjalanan balik aku tanye Luncai pasal mamat Zack tuh…. Luncai bagi tau aku, tu la balak Orein. Dah heboh satu kampus. Dah ramai orang terserempak dengan diorang…aku aje yang bodoh…tak mau percayer semue itu… mungkin cinta telah membutakan aku untuk mempercayai kebenaran…
Sejak hari tu, aku pun telah menyaksikan sendiri kemesraan pasangan “baru” berkapel tu..di kafe, di perpustakaan, di fakulti…dan banyak lagi.. aku redha dengan kehendak Ilahi, mungkin zack dapat membehagiakan Orein..mungkin zack lebih layak menguntumkan kegembiraan dalm hidup Orein.. aku gembira setiap kali melihat Orein bahagia disamping insan tercinta..aku merasai keseronokkan itu.. setiap kali itu jugak lah aku terpaksa melemparkan sejauh jauhnya perasaan cemburu..aku buang segala rase pahit yg harus ku telan….
Inilah cinta…mimpi yang penuh dengan pengisian suka dan duka yang seringkali mewarnai hidup…

Kau Yang Bernama OREIN

Pejam celik pejam celik, dah tinggal 2 semester di sini..aku makin kerap berulang ke HKL kerana penyakit ku menyerang kembali.. doktor kate aku tiada harapan untuk sembuh… doktor puji semangat ku untuk enjoy kehidupan yang ade… ingat lagi saat doktor memberitahu tentang penyakit ku…


“Radang Paru-paru”.. mak ayah cume mampu menatap wajahku dengan limpahan air mata. Mak memeluk ku..dan bisik pada ku ,” telan la kepahitan ini anak ku,sesungguhnya ini ujian dari Illahi”.. pelukkan mak memberi meniup semangat ku.. Tapi kenapa aku?!!!kenapa ku yang masih bertatih dalam kehidupan ini hanya diberi secebis peluang untuk menikmati hidup ini..”semua ini ade hikmahnye”,kate ayah pada ku.


Setiap pesanan mak ayah masih terngiang di telinga..aku sangat bersyukur kepada aku. Kerana aku masih dapat menunaikan impian aku untuk belajar di menara gading…kini,aku sudah dapat menerima dengan hati yang luhur ketentuan itu..


“Aahh…nampaknya mase aku sudah suntuk…”.. aku pernah bangun dengan mulut yang berdarah…rupenyer mlm itu aku batuk berdarah tanpa ku sedari..Alhamdulilah..mungkin byk dosa yang bakal ku pikul jika aku masih lama hidup di alam ni.. bagaimana dengan rakan-rakan ku…perih jerih yang pernah kitorg harungi.. paru-paru semakin letih..badan ku mulai susut.. “Ya…Allah..panjangkan umur ku. Agar dapat ku menerima segulung ijazah…aaamiiiinn”..


kini, aku rasa sangat gembira….melihat rakan-rakan ku happy.. segala masalah yang di adukan,telah ku bantu dengan sedaya upaya..Biarlah gelap kehidupan ku di kemudian hari,tapi aku gembira kerana telah menyinari hidup sahabat ku,telah menceriakan ari-ari mendung mereka.. biar lah ape diorg nk kate…aku gila, sewel..bengong…tak betul…sebab kelakuan aku. Aku sedar namun aku buat itu semua untuk menceriakan hati orang yang bakal aku tinggalkan selama-lamanya…


Orein..Orein…Orein..bagaimana pula dengan Orein.. adakah aku juga gembira meninggalkan Orein nanti tanpa meluahkan perasaan cinta aku kepadanya??? Setiap malam kepala aku bingung memikirkannya.. Aku tekad di harijadi ku yang ke 22th. Aku akan meluahkan segalanya yang terpendam di lubuk hati ini..ape nak jadi jadi laaa.. pada mase itu, aku berharap, aku sudah cukup tabah untuk menerima jawapan daripada mulut Orein sendiri.


2 minggu lagi, lengkap la kehidupan aku mengharungi takdir Tuhan selama 22 tahun..Pada tarikh keramat itu, aku luahkan rase cinta ku…itu la impian terakhir ku sebelum aku menghembus nafas ku yang terakhir.. Esok kan arinye..aku mendengar khabar angin yang menggusarkan hati ku…. “betol ke??! Benarkah ape yang sedang berlaku ini…” pelbagai persoalan mengetuk pintu hati ku ini..


“Orein sudah brCOUPLE??!”… itu lah khabar yang aku dengar dari rakan-rakan ku dan senior ku… dengan sape Orein berkapel dan ape buktinnya… aku pun kurang pasti.. namun ku sedapkan hati ku..”mungkin org salah anggap,ntah2 sepupu die ke, kosmate die ke discuss psal pelajaran”..Biarla dorang…aduuuhh!! Sesekali terasa di sengat di bahagian dada ku… kuterus menelan ubat seperti biasa.. dah macam penagih dadah dah… hidup bergantung pada ubat.

Thursday, October 15, 2009

Kau Yang Bernama OREIN

Kau yang Bernama Orein (Part 2)

Di fakulti lain pulak jadinya... bile berselisih dengannya kami hanye berbalas senyuman. Secebis kata-kata pun tak terkeluar dari mulut ku. Melihatnya dari jauh pun sudah cukup untuk membuat hati ku gelisah..entah mengapa..hatiku berdebar-debar bile berselisih dengan Orein. Adakah ini yang dikatakan C.I.N.T.A.? aku tak percaye....semudah itu aku terpikat. Ah!! Biar masa yang menentukan..

Hari demi hari...bulan demi bulan..sungguh cepat masa berlalu.. sahabat-sahabat ku yang dahulunya single, sekarang kebanyakannya dah berkapel.. aku tetap aku. Aku tetap dengan dunia aku. Pergi dan balik kuliah sorang-sorang. Makan pun sorang-sorang. Mungkun aku dah biase hidup keseorangan. Aku dengan Orein tetap bergaul seperti biase..ade satu ketika aku menyamar sebagai S.A. (secret admire) dalam msg aku kepada Orein...saje je aku maen msg,dengan harapan aku dapat mengenali Orein dari sudut yang berbeza..
Pada mula agak sombong jugak Orein untuk membalas msg aku. Setiap hari aku tetap msg memberi ucapan selamat malam dan selamat pagi. (^_^) akhirnya, pelawaan “mr ulat” untuk bkawan disambut baik.. “thanx!!” sejak itu, kami byk btukar pendapat..putik2 kemesraan mule terjalin.. guess what? Aku pernah mimpi kan Orein… setiap pagi aku rase indah sgt, kehangatan mentari seakan menyapa ku untuk terus belajar.. ku sedar…aku telah jatuh cinta pada Orein.. “Orein..saranghamnida”..
Setiap kali aku ke fakulti.aku berharap akan berselisih dengan Orein. Senyuman manjanya melapangkan hatiku…membuakkan semangatku.. malah,aku juga selalu ke library pada wakyu malam,semata-mata mahu melihat Orein study di depan ku.. Yup! Orein rajin ke library.. tambah-tambah lagi bile dekat waktu peperiksaan.. Kelam malam sanggup ku redah…alur tangga sanggup ku lalui..walaupun perasaan seram sesekali menyinggah tatkala melalui semak samun..utk g library. Setiap kali aku stress,aku akan kaco Orein dengan sms mengarut ku..pelbagai soklan aku ajukan untuk memanjangkan perbualan. Pernah sekali aku ajak Orein makan dan keluar berjoging…namun ditolak mentah-mentah..tak pe la.. namun bunga teratai yang aku beri,aku arap Orein simpan sebagai tanda ingatan kepada aku…pelik kan..orang laen bg rose, aku bg teratai.. sebab teratai lebih susah nk dapat drpada sekuntum rose…

Kau yang bernama OREIN

Kau yang bernama OREIN

6 bulan sudah aku berada di menara gading, tapi hati aku berasa kosong. Aku rasa takde istimewanyer bergelar mahasiswa. Kehidupan aku tetap sama seperti zaman aku sekolah berasrama dulu. Ramai kenalan baru yang aku kenal bila aku semakin jauh berjalan melalui alam universiti ini. Macam orang lain gak, aku pun aktif masuk kelab-kelab. Sajer untuk mencari pengalaman yang baru.. Ada satu kelab ini sangat best ahlinya..bukan stakat kitorng cam sekepalatapi ramai gadis-gadis cun. Pada suatu hari, aku dapat tau yang seorang gadis ni menjadi tarikan di kalangan senior lelaki asrama ku. Aku pun kadang-kadang jadi medium perantara utk kiriman salam dari jejaka-jejaka perasan…tak pe la, member punyer pasal. Biase la orangnye cun dan kiut macam pelakon jepun, memang ramai yang terpikat bile tengok wajah gadis tu dari jauh.

Biarlah aku perkenalkan gadis tu sebagai Orein.

Lama kelamaan bergaul dengan Orein, walaupun sebagai kawan biase, hati ku mule terdetik.. “apa yang buat orang tertarik sangat kat Orein?”..tengok pun dah terpikat. Bagi aku rupa bukan segalanya..cewah! sejak itu, aku bercadang untuk mengenali orein dengan lebih dekat untuk mengetahui keistimewaan atau daya tarikan di sebalik wajah yang ayu itu. Orein sangat peramah dan friendly...Orein sering membantu dalam pelajaran, bila mana dekat dengan waktu peperiksaan. Tanpa bantuan Orein, rasenye tak lengkap nota kuliah aku.. tapi itu tak membuat hatiku cair. Bukan seperti kata kumpulan spring,” kerana budi aku jatuh hati”.

Aku juga sering mengenakan Orein dengan pelbagai gurauan dan sindiran. Namun bukan niat ku untuk melihat dia menarik muke masam mau pun marah... aku suke melihat wajahnya biler die bengang. Pada mulanya Orein macam merelakan diri dikutuk..Orein hanya diamkan diri sahaja. Aku rasa jauh disudut hatinya mesti tersimpan dendam terhadap ku. “tak pe, ari ni ari kau..ade lori ade bas..”,bisik hati Orein. Lame kelamaan, kami menjadi semakin rapat sebab saling kutuk dan perli satu sama lain. Asal ade je modal, Orein terus kenekan aku depan rakan-rakan.. seperti biase, aku tetap kebal dengan sebarang sindiran..hehehe


Thursday, October 1, 2009

Be The One Who You Are

"be the one who you are"...

satu kalimah lahirnyer suatu rase...
thanx pd seseorang yg memberi kata-kata ini buatku dulu..
ape kaitan dgn blog ni??
setiap ape yg bakal tertulis semuanyer lahir dari hati...
sama ada pembaca boleh menerima atau tidak..
ada aku kesah! ske ati kwn la nk tulis ape..kan kan kan (^_^)