Tuesday, December 15, 2009

Selamat berjuang sayangku..



SELAMAT BERJUANG SAYANG..




Sayu menyelubungi diriku..saat ku melihat dirinya berbaring lemah di atas sehelai cadar putih di dalam sebuah wad 3rd class.



Sungguh hebat ujian Allah terhadap insan yang sentiasa mengasihi-NYA. Aku berdiri terpaku di hujung katil..rasa lemah kaki ku untuk terus berdiri di situ..



Seraut wajah yg pucat merenungi ku..Die senyum manis menyambut kedatangan ku. Ternyata dari renungannya ku mengerti..yang kehadiran ku ini amat dinantinya saban hari.



Ku gagahi langkah demi langkah mendekatinya.. Ku sapa dirinya dengan senyuman.. Tapak tangan kanan yang pucat itu ku genggam sambil ku renung jauh ke dalam hatinya.. Dia membuka alat bantuan pernafasan yg menutupi hidung dan mulutnya..seraya berkata..



"..B....."



Argh!! Rase nak berderai je air mata yang telah berkolam di kelopak mata ini.. Ku kuatkan hati, ku tahan sekuatnya..



"Sayang..sayang kena kuatkan semangat sayang.."bisik ku pada telinga kanannya.

Kalau boleh aku tak nak menangis di depannya,aku mahu jadi sumber kekuatan semangatnya...
Selepas itu kami berbual..bertanya khabar.. Ibu dan kakak-kakaknya yang berada di situ, beredar seketika untuk memberi ruang kepada kami.

Ku menghadiahkan seutas gelang sebagai pembakar semangat buat dirinya. Ku pakaikan di tangan kirinya. Ia berwarna merah jambu dengan bertatahkan manik membentuk namanya. Sepanjang pertemuan kami sewaktu itu..tiada setitis air mata pun yang mengalir di pipinya..



"Sayang tetap seperti dulu..walau dalam apa jua keadaan sekali pn, sayang tetap sembunyikan kesediahan yang sayang alami..sungguh kuat hati mu kala ini.."bisik hatiku.



Ku menemani disisi katilnya dari petang sehingga ke tengah malam..

Sesekali dia meminta aku mengurut lengan atau kakinya..lenguh seharian berbaring di atas katil katanya. Doktor kata dia masih belum boleh makan,dia hanya dibenarkan minum air masak sahaja...

Dia terlena selepas jururawat menyuntikan ubat menerusi salur yang sudah sedia tertanam di bawah kulitnya. Namun, genggaman tangannya masih tidak lekang dari tanganku. Ku duduk setia di sisi katil menatapi dirinya.. Kadang-datang dia terbatuk-batuk dan terjaga dari lena.. beberapa kali juga dia muntahkan warna hijau. Kata ibunya, doktor sedang mengeluarkan sedikit demi sedikit kahak yang berada di paru-paru nya..


"Sabar lah sayang.."ku berpesan pada dia..

Ku usap dahi dan ubun-ubunnya...sehingga dia kembali melelapkan mata..


"Emm..berehatlah sayang,B tetap di sisi sayang.."


---------------------------------------------end------------------------------------------------


Selamat Berjuang...


Malam siang berlalu,
Gerhana kesayuan tiada berkesudahan,
Detik masa berlalu tiada berhenti,
Oh syahdunya..



Sejenak ku terkenang,
Hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran,
Bersama teman-teman harungi kehidupan,
Oh indahnya..



Berat rasanya,
Di dalam jiwa,
Untuk melangkah meninggalkan semua..
Kasih dan cinta,
Yang terbina,
Ia kan selamanya...



Selamat berjuang oh sayangku,
Semoga ALLAH berkati mu,
Kenangan indah bersama mu,
Takkan ku biar ia berlalu..



Berjuanglah..
Hingga ke akhirnya..
Dan ingatlah..
Semua ikrar kita..



Hati..ini sayu..
Mengenangkan,
Sengsara di dalam perjuangan,
Jiwa ku merana..
Dan meronta mengharapkan,
Kedamaian dan jua ketenangan..



Tetapi ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandaskan iman..