Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Lahir


Jam menunjukkan 12.01mlm... Aku telah melangkah ke alam baru.. sedar x sedar dh 25 tahun aku hidup...

Byk in coming call masuk... ade yg aku jawab.. ade yg aku ignore je.. msg jgn ckp la... bertalu-talu dr sahabat sahabat yg pernah rapat dengan aku dulu... semua mengucapkan happy birthday.. yg wt calling beramai ramai pn ade...agaknyer loudspeaker kot,tu yg boleh wish ramai2 dalam 1 talian..hehehe

Ada satu call dr pemain nettball yg rapat dgn aku.. satu hari call aku.. aku wt donno je. Aku dapat rase yg dorg ade plan jahat nk kne kan aku pd hari lahir ku. Nice try...hehe aku awl2 lagi nk ngelak dr diorang.. supaya rancangan dorg tak berjaya ,sebaliknya rancangan aku nk wakeenabeb dorg bjaya..hehe aku tdo jam 4 pagi.. insan yang aku harapkan utk wish aku x muncul muncul, sama ada dgn cara sms ataupun calling..urrmm..

Pagi hari lahirku, aku bangun dalam kul 10 pagi.. lepas mandi dan pakai baju, aku terus ngadap komputer. bukan untuk chatting atau check facebook tetapi nak cari modal dan bahan untuk presentation dalam kelas Master di UPM nanti. Kelam kabut edit slides..touch up sket. Sebabnya aku yang kena present..aku yg sket buat kije berbanding orang lain..hehehhe dasar pemalas!


Siap tak siap kije dan dengan lapornyer, aku terus start motor pergi kelas Master pada pukul 1.50ptg. Harap harap sampai awal nih.. aku leh la berbincang dengan kawan kawan satu kumpulan tentang apa yang aku dah edit. Sampai di Fakulti, terus aku cari Zamri di MASPUTRA. Bincang bincang sikit dan seterusnyer pergi masuk kelas.. Kelas start pukul 2.30ptg sampai pukul 5 petang. Satu jam pertama, Dr Puziah membentangkan kuliahnya dalam keadaan nada suara yg maintain monotone.. Aku dan kawan kawan dah mula menguap.

Pastu bermula saat yg ditunggu, Dr Puziah panggil nama kumpulan secara rawak untuk presentation di depan kelas. Kumpulan aku yg ke-4 tercatat atas kertas. Dr Puziah panggil nama kumpulan start dari kumpulan terakhir. Aku dalam pada keboringan tu, aku kuar kelas pegi solat Zohor. Lepas tu aku check Hp.. Mase tu la aku happy sgt. My honey ada send sms wish Selamat Hari Jadi. Aku reply, tp sampai skrg tak berjawab. Aku send sms pada budak-budak nettball. Saje aku nk wat gila sbb dah tiga hari aku tak jawab call dari diorang. Aku ckp aku masuk ICU kt hukm sbb Leukimia. Terkejut diorang.. beberapa minit selepas berbalas sms, br la aku call cakap yg aku tipu sebenarnya. Marah gila budak-budak tu..haha Kelas dah pukul 5ptg, baru 4 kumpulan dari 14 kumpulan baru sudah present. So sesi presentation kate Dr Puziah, akan bersambung pada minggu depan..ceh!

Petang tu balik dari kelas, aku g pasar malam kat bangi dengan kawan-kawan. Malam nye aku duk umah je, tak keluar celebrate kat mana-mana. just ngadap tv dan internet je. Aku sebenarnya dah takda mood pn. Aku teringin sgt nak dengar suara dia. tapi apa kan daya..

.
Tepat kul 12.00 malam..dah masuk 7 haribulan Februari 2010. Tamat la kesah sepanjang satu hari dalam kenangan di Hari Lahir ku.. Terima kasih bagi yg mengingati ku di saat ini..

Assalamu'alaikum w.b.t.