Wednesday, March 31, 2010

Monday Blues 29/03/2010

10.00pm waktu Malaysia: aku dapat call dari satu number aku tak kenal..


Aku pn angkat la..tanye siape nih.. sekali rupa-rupanya....
Mak ex-gf aku call... tergamam aku... tak putus- putus aku mintak maaf sbb tadi ter kuang ajor..
Sorry makcik!!!hehe..
Mesti korg tertanya-tanya nape Mak Dill ni call tibe-tibe..
Aku pn mase tu terpikir..maybe mak die nk marah aku kot sebab aku clash dgn anak die dulu..
kene dah aku mlm nih.. tu aku cakap dlm hati la..


Makcik tu cakap die dah lama nak call.. dia rindu la kat aku.. dulu slalu la jumpa..sekarang dah jarang..
banyak lagi lah yang kitorg borak..sampai sejam..
naik merah muke aku..malu la.. mana tak malu nyer..tak pernah aku cakap soal hati & cinta ni kat org tua..even kat mak tsayang aku pn aku tak pernah kongsi benda2 cintan ni..


Aku faham apa tujuan makcik tu call aku..kesimpulannya die mau aku kembali bercinta dengan anak die tu..dan kekal sehingga ke jinjang pelamin..


terharu sat....huhu (T_T)


Ibarat nak diluah mati bapak, nak ditelan mati mak..nak dikulum mati anak..

Nak tak nak..aku terpaksa bagi jawapan yang menghampakan hati seorang ibu.. walaupun berat hati ini..aku kuatkan juga..
aku cakap: "aku tak dapat nak kembali kepada anak die sebagai kekaseh semula"..


Menitis air mata ni.. kita bleh tau dari nada suara orang hubungi kite tu cam hampa walau diselang seli dgn gelak ketawa.


So..ku akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih dan minta maaf sebagai sorang anak kepada ibunya. aku dah anggap makcik tu cam mak aku dah sebenarnyer.. sedihkan..


ade kawan aku cakap: "jangan berikan harapan palsu semata-mata kamu nak menjaga hatinya"


Smoga makcik tu memahami niatku..


------------------------------end----------------------------

Tuesday, March 16, 2010

Monday Mood


Monday MooD!!


celik- celik mata ari ni.. aku telek msg dlm hp aku.. ada satu msg dr abg long..

Abg long cakap..mak masuk HKL ari ni...so, mak akan berada selama seminggu di wad iodin,HKL. Mak aku tgh buat rawatan beguk/tiroid.. lepas pembedahan dulu tu, mak akan gi HKL sekali setiap 6 bulan untuk mengambil ubat Iodin dan biasanya kena tahan wad selama seminggu untuk mengurangkan kesan radiasi ubat tersebut.


Aku ape lagi...terus bangun capai tuala. Aku bersiap, pastu turun ghumah gi punch in kt ofis. Then, aku terus shoot gi HKL gune motor baru aku tu..best giler main cilok..( tak serik-serik,padahal semalam hampir-hampir hilang kawalan mase menunggang dlm ujan..tayar belakang 'lari' tu mase brek).


Jam 10pagi, aku sampai HKL. Aku salam-salam dengan mak, ayah dan abg long. Abg long hanya teman ayah drive semalaman sbb dia demam selsema.. Ayah plak balik dr kedai makan terus shoot gi KL jkul 3 pagi. Tak cukup tidur die.


borak punyer borak... kul 11.30pagi aku chow balik ofis...