Friday, June 4, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN (the legend of satan's boy...hahaha)


Rata-rata blogs yg aku baca randomly, memuji betul filem LBS ni.. Aku pn tertarik utk turut serta join dalam memberi kata dua sebagai salah seorang yg menyokong industri filem melayu..cewah..cam wartawan plak ayat...
Aku baru pas g tgk filem ni di Alamanda malam semalam.. sambutan sgt menggalakkan sehingga kan kusi depan skali pn full. "Gempak sgt ke cite ni?", desis hati ku.
Wayang pn bermula jam 10.30pm.. walaupun dapat seat yg tepi dan baris ke-4 dr depan, aku gigih kan seluruh jiwa aku utk menghayati filem LBS yg berlangsung selama 1jam 45 minit.
Berikut aku ringkaskan komen keseluruhan aku berkenaan filem LBS yg mungkin menjadi filem perintis utk kategori filem adaptasi novel di masa akan datang:
Ape yg menarik sgt tu....
  1. Sinematografi atau bahasa senang nyer latar tempat scene. Pemandangan di sekitar kawasan padang ragut UPM (dekat Hospital Serdang) dan GeoPark Langkawi sangat menganggumkan. Pemilihan kawasan ni sgt tepat utk mcipta jiwa pasangan sedang dilamun cinta..hihi
  2. Lakonan Farid Kamil, Que Haidar dan Fazura patot dipuji.. penjiwaan watak sangat berkesan. Suke part Que pkul Lisa, nampak realistic. Berjaya wat penonton geram dgn sikap lelaki seperti watak Que..hhihi
  3. Lagu tema yang berulang-ulang mmg puits dr segi lirik dan mengasyikan dari segi melodinya. Diselitkan dalam beberapa babak utk memberi kesan sedih pada penonton.. Aku ske lagu tu walaupun berulang-ulang..hihihi
  4. Watak Amy(Lisa selepas plastic surgery).. Kalu betul watak Amy tu sebenarnya Lisa Surihani yg telah di mekap utk nampak kelainan.. Pujian seharusnya diberi pada jurumekap tu. Membuat aku keliru sama ada itu Lisa setelah dimekap atau Lisa diganti dgn pelakon lain utk memainkan watak Amy.. (mule-mule kmunculan watak Amy nk tgelak gak aku sbb muke die cm nyah yg dh transform jd perempuan...hihi)
  5. Lastly, jalan cerita yg dipersembahkan pun menarik. Usaha utk merangkumkan adaptasi keseluruhan novel ke dalam filem 1jam 45minit ni berhasil.. Ia membuatkan jalan cerita ni menjadi laju atau dlm bhs lainnya.."nak cepat abes"..hihihi Good effort dari segi jalan ceritanya..

Ape plak yg KURENGnyer..:

  1. Kita mule kan dengan watak heroin lakonan Lisa Surihani. Tiada perubahan ketara yg dibawanya jika dibandingkan filem LBS dengan I'm Not Single. Lisa gagal dalam menjiwai watak jiwang sepenuhnya. Seolah-olah aku leh simpulkan yg Lisa tak pernah bercinta pn sebelum ni.. Jelas skali terpacul dari mulut pelat die dalam menyebut huruf R. Mengundang humor bagi beberapa penonton malam tu.. Pelatnya itu berulang-ulang..hihi Boleh dikatakan penonton lebih berasa simpati kepada watak hero berbanding heroin..
  2. Seterusnya watak pembantu heroin yg dilakonkan oleh Raja Farah. Nampak sangat lakonannye utk menjiwai watak seperti mengade-ade atau berpura-pura. Gedix tak btempat.. Rasenya die tak perlu la "over" semata-mata utk menonjolkan watak pembantu heroin..hihi
  3. Dan tidak ketinggalan juga watak yg dibawa oleh Nubhan.. ade satu scene di mana die bgtau Kasha(farid kamil) yg Lisa Surihani ni rumate Raja Farah. Poyo gile.. juga mengundang rase humor pada penonton..hihihi
  4. ........to be continued..ada hal japs.