Wednesday, July 28, 2010

Dream Girl in my perspective...


Aku terpanggil untuk menjelaskan "ketaksuban" aku terhadap gadis-gadis yang aku gelar DREAM GIRLS..

"Taksubkah aku?!"
Aku masih berpijak di Bumi yang nyata, menjunjung langit dan masih berpaksikan bulan,bintang serta mentari.. Aku masih dalam ISLAM.. Dalam satu Hadith Sahih, Imam Shafie melarang kita utk taksub pada sesuatu perkara..bimbang ianya memesongkan akidah.. So, aku tak taksub pada makhluk ciptaaNYA.. maybe aku silap kaedah dalam menggambarkan dream girl ku itu..sehingga tampak unsur "keterlampauan"..

"DREAM GIRL?!"
Aku gelarkan bagi mereka yang memiliki kebanyakan ciri-ciri (dalaman dan luaran) gadis yang aku cari.. gadis yang bisa aku sesuaikan diri.. gadis yang mendekatkan hati ku pada MAHA PENCIPTA. Aku tak seperti jejaka lain yg sebahagiannya mudah mentafsir gadis idaman dengan pandangan mata kasar... Aku mentafsir dengan hati.. kerna yang zahiriah itu blum lagi mampu mengungkap keseluruhan insaniah yang berada di dalam hati kita.

Apabila kita dipertemukan dengan seseorang yang melengkapi kita, kita boleh rase memang dirinya tercipta untuk jadi sebahagian hidup kita. Hati kita halus..jika diperhalusi dengan zikrullah..Insya'allah ati itu mampu menilai dengan tepat...


Jangan salah paham wahai sahabat..aku bukan nak kate aku hebat. Hati ku masih tak mampu menilai..tetapi hanya mampu menjangka sahaja..
Betul..janganlah kita kejarkan seseorang yang kita ingini..kerana orang yg kita inginkan itu blum tentu mampu membahagiakan kita.. Tapi..haruskah kita berhenti mengejar tanpa berusaha untuk sekurang-kurangnya mendekati orang yang kita inginkan sangat-sangat tu???

"mampu ke mereka boleh membahagiakan aku??
"
Apa maksud bahagia?? semua orang pasti mengatakan ia perkara yang subjektif... Hanya kita dapat umpamakan atau menggambarkannya dengan sesuatu.
Aku tahu mereka boleh membahagiakan aku..cume sejauh mane kebahagiaan itu, bukan di dalam kekuasaan ku untuk mengetahuinya.. Bagaimana nak tahu??

Kita akan sanggup lakukan ape sahaja demi orang itu..termasuk menggadaikan nyawa sekali pun.


Setiap hari merupakan hari yang indah..kita jadi seorang yang sangat peramah pada semua orang..kita rase seperti mau menari-nari dan menyanyi sepanjang hari..

Kita sanggup melutut di dalam ape jua cuaca sekali pn..tolak segala ego untuk memujuknya..


Kita akan cenderung orang berkongsi apa sahaja termasuk rahsia dengan orang tu..


Hanya dengan memandang wajahnya bisa membuatkan hati kita berbunga-bunga..


Kehilangannya menyebabkan kita down sangat..(demotivated)


Sebenarnya sahabatku..kita boleh merasa kebahagiaan itu.. cuma masalahnya kita ni perasan atau tidak sahaja fenomena itu berlaku ke atas diri kite... Harus diingat kebahagiaan itu adalah kurniaan Illahi.. Lagi dekat hati kita dengan Allah, lagi kerap kita kecapi bahagia..

"Aku mencintaimu kerna cintamu terhad
ap ALLAH melebihi segalanya"

Bestnye dapat tengok "happy couple"..!!


"SO SWEET.."

tu la dua perkataan yang sering meniti di bibirku tatkala melihat "happy couple".. ada yg joging bersama.. berpimpin tangan jalan-jalan dalam shopping mall.. makan kongsi-kongsi..suap menyuap di medan selera.. sweetkan mereka!!

namun, tak dilupakan kepada mereka yg sering makan hati..ada yg bgadoh mulut, bermasam muka..ada yang merajuk.. menangis-nangis teresak esak dengan handphone kat tangan.. aku tak paham golongan ini..memang lumrah la suka duka dalam bercinta..


Yang wat aku menyampah,ada yang mengadu kat aku bf tak kontek 2 hari..menangis cam nk kiamat.. gf lambat balas sms..trus hentak cermin.. lagi drastik pn ada..asal merajuk ugut nak bunuh diri..kelar sana sini...
buat korang yg termasuk dalam golongan berkenaan..ingat satu ni je..

"kalo aku ada dalam kesusahan, ada orang lain lagi susah daripada aku.."


bukan aku taknak tolong..aku buleh tolong..dengar je la.. yg lain pndai2 korang settle.. ni bukan lagi zaman skolah2..asal gadoh..cari org tgh jadik pendamai..

lagi satu, aku pn tgh tolong diri aku sendiri..korang baru 24jam bf/gf korang tak contact, aku nih dah masuk 8 bulan lost contact die org yang aku cinta.. slumber je.. datang meroyan aku, aku duk sorang-sorang dgr lagu atau tido je..sampai la jiwa aku tenang.. bila jiwa aku dh tenang ..mule lah idea mencurah-curah mintak aku tulis-tulis kt blog ni..hihihihi

Ape-ape pun aku tetap mencemburui pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta!! Bestnye dapat tengok "happy couple"..!!

**alamak!! kul 4.30am..nk tido nk tido...

Manfaatkanlah Setiap Detik Di Sampingnya..


"Masa itu emas"..

Begitulah masa/waktu/detik yang berlalu terlalu penting bg hidup kita.
Di mana
sebuah pertemuan boleh merubah hidup seseorang..sebuah perpisahan boleh menghancurkan hidup seseorang..

Sekiranya kita telah dianugerahkan seseorang untuk dicintai, usah lengahkan walau sesaat sekali pun.. Kerana dengan sesaat itu juga peluang kita boleh berlalu mengikut arus waktu dan dalam sesaat juga kita boleh hilang orang yg kita cintai dan sayangi..

Sejarah cinta ku yg lalu telah banyak mengajarku bagaimana masa begitu berharga. Alhamdulillah, ku diberi peluang untuk bertemu dengan orang yg ku cintai. Aku ambil peluang itu degan mengenepikan rasa ego dan malu ku.

Dalam tempoh perkenalan itu, macam-macam aku buat. Biarpun sebahagian tindakan ku menimbulkan kejanggalan atau kehairanan di matanya. Aku tetap buat apa saja yg termampu pada masa itu.. Biar lah kawan aku nk cakap ape..

"KO GILA.."
" KO WAT KIJE YG SIA-SIA"
"DARI KO SUSAHKAN DIRI KO CAMTU, BAIK KO DUK DIAM JE.."
"MEMBAZIR DUET JE.."

Ye! Memang benar aku giler! AKu giler wat ape saje untuk mengisi waktu yg ada setiap kali ada peluang bersamanya! AKU MEMANG GILAKAN DIA!

Dari Cheras ke Serdang aku rempit semata-mata nak beli bunga ros..balik rumah basah kene ujan panas.. demam aku minggu tu.
1st Dating..Aku terpaksa park motor kt 7e, then naik teksi jemput die and gi dating kat shopping complex. Balik pn naik teksi sbb dia tak nak naik motor bersama ku.. mmg tak manis kalu org nmpk kan.
Aku tinggalkan kije-kije aku..aku biarkan masalah opis ku seketika. Aku join group trip ke Singapore bersamanya.
Aku ske belikan dia coklat bar...choki-choki kesukaannya..
Ku teman die berjumpa Dr di HUKM.. Berpeluh2 aku tghari buta merempit dr opis.. curi tulang japs..hehehe semua penat lelah tu hilang bile dapat berjumpanya.. siap jalan-jalan(dating)dalam hospital..hihihi

Bila aku dapat berita die dimasukkan ke wad di HTAA, petang tu gak aku turun umah. Naek teksi gi BTS. Naik train g puduraya untuk cari tket bas on the spot. Roomate aku pn pelik tibe-tibe aku nk balik Kuantan.. Apa yg aku pikir masa tu..aku nk tgk dengan mata kepala aku sendiri keadaan dia.. Suatu kejutan buat dirinya bila aku tibe-tibe terpacak di depan katilnya..

6 bulan je perkenalan dan percintaan kita berdua.. dalam masa yang singkat itu juga mase ada permintaan mu yg xdapat ku penuhi.. Selepas tu aku lost contact dengan die.. meroyan aku bila org yg aku sayang hilang tiba-tiba tanpa ucapan selamat tinggal..

Maafkan aku sayang.. ku tahu kau berada di dalam waktu-waktu kesukaran dalam hidupmu..
Inginku menemani mu.. ingin ku mengurangkan rasa sakit mu itu.. mau ku kongsi beban yg kau pikul itu..
Namun..keadaan tidak mengizinkan. kita terpaksa akur pada kehendak orang tua.. biarpun hati kian membentak untuk bersama seperti dulu..

Maafkan ku..aku tak dapat berada di saat kau dalam kesusahan..
..maafkan ku sayang..

Thursday, July 1, 2010

APA SALAHKU DIHUKUM BEGINI..


...........1st July......


...tiada sebarang khabar berita darinya. Aku masih menunggu..dan ku tetap menunggu. Seperti janji yg ku lafazkan pada mu, Zura.. Setiap gambarmu ku tatap saban hari...sesekali ku memutarkan lagu Taubat Seorang Hamba (caller ringtone mu dahulu)..diselangi alunan lagu Ku Ingin Kamu..


.........sayu.....................amat sayu, setiap malam-malam ku.....


Setiap kali lagu-lagu ini berkumandang..setiap kali itu lah airmata ku berlinangan.. kesal,sebak, sedih dan pilu bercampur-baur semuanya.. Begini la cara ku untuk membina kekuatan hati ku, sepanjang meniti hari-hari tanpa diri mu.. setiap titisan air mata ku itu membina dinding-dinding ketabahan dalam diri ini untuk menunggu mu.


..Sayang..sememangnya aku terseksa. Setiap seksaan dan dugaan itu membuat ku menaruh harapan yang tinggi untuk bertemu dengan mu..


Ku masih melewati katil wad dimana diri mu pernah berbaring..ku masih pergi ke HTAA,masuk wad yg sama..dengan harapan akan terserempak dengan mu...namun setiap kali itu lah aku kecewa... Tatkala ku memehati katil itu..Sungguh sebak di dada mengingati semula saat-saat aku berkesempatan menemani mu di hospital. Suka duka tangis dan ketawa...mewarnai detik-detik terakhir pertemuan kita...


....rindu... Ku rindu kan mu, sayang..


Alangkah indah jika ku berada di sampingmu di saat kau memerlukan ku...

Ku pasrah..ku redha atas hukuman yg ku jalani...ku tempuhi selagi bernyawa..


Jika ini pengorbanan yg perlu ku lakukan untuk kembali bersamamu...