Monday, November 8, 2010

CINTA TU HANYA SEKALI..

" Cinta tu hanya sekali.. untuk yang seterusnya takde dah. Cuma ada rase sayang dan tanggungjawab yang wujud"


Betulkah cinta hanya datang sekali?? Ni kata-kata yang aku petik dari pesanan mak kawan aku. Cinta pandang pertama.. itulah yang pertama dan jua yang terakhir?? Urrmm... sesekali hati ku menafikan statement tuh. Berdasarkan pengalaman aku, cinta akan datang beberapa kali dalam hidup. Di saat aku tidak mencarinya...

Mungkin ada betulnya..makcik tu pn bukan setahun berkahwin. kan? kan? kan?
Biar aku tafsir dari sudut pandangan ku.

Cinta hanya sekali, merujuk zaman bercinta hanya berlaku sekali sebelum alam perkahwinan.. Seterusnya dalam menempuhi alam perkahwinan, hanya tinggal sayang dan tanggungjawab. Kita menyayangi pasangan kita..menyayangi anak-anak.. Di samping itu, kita turut menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sampaikan satu tahap..dah xde bibit-bibit cinta di antara pasangan.. yang mengikat tali perkahwinan hanyalah rasa sayang dan tanggungjawab pada anak-anak.. Sayang tanpa cinta.. (ada ke istilah tu?)



Takdir dan Waktu..

Tidak ku tahu, mengapakah sepinya melanda hati ku dan bukannya kemahuanku datangnya sendiri. Tidak ku tahu mengapakah pilunya di pinggir hati ku, dan ku cuba untuk mengusir tapi tak berdaya. Lalu terbuka gerbang hatiku menyambut rindu datang bertamu, aku gelisah. Kini rinduku menjemput cinta yang ditakdirkan untuk mu sayang. Bukan pinta ku atau mahu mu. Semuanya suratannya..
Tapi mengapakah kau sekadar waktu, cinta yang datang cepat berlalu. Diri mu sayang bersama cinta, tercalar pedih di dalam dada. Aku tersiksa..
Aku terdiam, kaku menahan. Bisanya menikam kalbu ku. Separuh nyawa k pandang wajah di depan kaca. Tutup kembali gerbang hati ku, tidak bermaya langkah kaki ku di saat ini. Tidak kusangka jadi begini, terpisah jua kita akhirnya. Aku sendiri tidak mengerti luka cinta ku.
Tidak kusangka jadi begini terpisah jua kita akhirnya. Aku sendiri tidak mengerti. Sungguh pilu di hatiku untuk melepaskan mu demi kerana, ku masih sayang. Sayang padamu. Terbangkit resah di dalam kalbu,terhimpun rindu. Sayang, tidak ku sangka terpisah jua kita akhirnya. Aku sendiri tidak mgerti luka cinta ku.