Friday, January 14, 2011

CINTA... sukar dimengerti...

Di sini aku nk share sket satu kisah cinta yg aku jumpa sepanjang ku merantau dalam dunia cinta ni...

Ada seorang gadis naif dan lurus orangnya.. Ni bukan pengalaman cintanya yg pertama. Beliau mencintai seorang lelaki yang berlatarbelakangkan pesakit psikiatri. Semasa beliau tumpang di rumah parent lelaki tersebut, Beliau telah dipukul, disepak, disentap dan diseret oleh teman lelakinya itu.

Kenapa??
Semata-mata Beliau hendak memberi kejutan dan menyambut hari lahir teman lelaki Beliau yg bakal menjelma pada detik 12 tengah malam. Beliau redha....redha dengan apa yang lelaki tu lakukan. Lebam sane lebam sini..mata dah sembap menangis..

Mane parent laki tu?
Pernah beliau mengadu pada parent lelaki tu, tetapi parent lelaki tu backup anak dia.. seperti membenarkan tindakan anaknya itu.... satu hari Beliau tjumpa gambar lucah dan msg2 manja lelaki dengan orang lain dlm hp lelaki tu.. Beliau mengadu pada ibu lelaki tu, "Alah msg je pun...". Jawapan sorang ibu.

Nekad?
Beliau pernah nekad keluar dari umah tu.. abes barang-barang di pindahkan ke rumah kawan beliau. Apabila si lelaki tu dapat tau, mereka berdua duduk berbincang pada petang tersebut. Kata sepakat dah dicapai..sumpah kasih telah dimenterai..
Beliau mintak lelaki tu bersumpah demi Tuhan, supaya tidak akan melakukan 3 perkara sahaja. Sumpah kasih sebagai akad untuk Beliau kembali pada lelaki itu.

Sumpah Kasih..
1) Jangan memukul ku
2) Jangan marah dan maki hamun aku di hadapan kedua org tua mu
3) Putuskan hubungan mu dengan isteri orang tu.

Akhirnya..
Lelaki tadi bersetuju dan bersumpah demi Allah. Sekiranya melanggari sumpah tersebut..sesuatu yg buruk akan berlaku ke atas diri Beliau. Seterusnya, terpujuk la sekeping hati yg masih percaya pada cinta sejati.. Kembali Beliau menumpang di rumah kelurga lelaki terbabit...

Cinta itu BUTA?
AAARGHH!! Aku tak paham kenapa jadi begini? kenapa Beliau sanggup mengorbankan masa depan untuk lelaki dan keluarga macam tu...? Sampai buang keluarga sendiri?? adakah Cinta itu BUTA? tidak.. Orang yg bercinta itu membutakan hati pada dunia realiti.. kerana cinta yg belum pasti sanggup bertindak seperti " menjilat ludah sendiri". Aku tak paham..aku tak paham...

..END