Thursday, September 8, 2011

Memori 1 Syawal masih terpahat..

1 Syawal tahun lalu (2010) - Memori hitam lalu menjengah lagi tahun ini. Di saat mengukir kegembiraan pada 1 Syawal baru-baru ini  di kampung halaman. Aku teringat kembali saat-saat aku pertama kali menerima sms dari Si Pencinta Kopi (SPK), setelah sekian lama dia menyepikan diri. Hadirnya pada Syawal lalu bukan sekadar menghulurkan Salam Aidilfitri, tetapi menyedarkan aku dari terus bermimpi.

Mimpi yang belum pasti. Penantian sekelian lama telah terubat oleh berita di mana dia sudah menjalinkan hubungan cinta bersama jejaka pilihan. Terima kasih.. Terima kasih..Terima kasih... Sedarkan ku dari lamunan.Tatkala Syawal lalu disambut dengan linangan air mata, namun kali ini tidak lagi. Ku maafkan segalanya, jauh sekali ada rase dendam. Syawal kali ini aku sambut dengan kegembiraan baru, setelah aku berjaya bangkit tanpa simpati mana-mana pihak. Syawal kali ini ku sambut di sisi keluarga tercinta di kampung halaman. Kenangan itu sudah ku simpan dalam album memori kita, lukanya terhiris di hati sudah pun menjadi parut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..ku ucapkan dan ku mohon sejuta kemaafan atas kesilapan diri ini mentafsir perasaan kamu. Semoga berbahagia selalu di bawah lindungi rahmat dari Illahi. Wassalam~


No comments:

Post a Comment